Selasa, 15 Disember 2009

Modul Kawad

Bertugas di bahagian Kemahiran, Putrajaya ini berbeza bertugas di JBS Selangor dan JBS Melaka. (Sementara sehingga IKBN Kuala Langat siap,dijangka tahun hadapan ).

Di bahagian ini sibuk menyediakan modul-modul untuk pelajar –pelajar di IKBN . Tugas tersebut memerlukan saya merujuk buku-buku rujukan untuk   mendapatkan maklumat yang tepat dan dimasukan ke dalam modul tersebut. Modul yang disediakan selama 3 bulan itu,adalah modul –modul seperti Cintai Al-Quran,Cintai Solat dan Cinta Keluarga. Seronoknya dah selesai menyiapkan modul-modul tersebut.

Mesyuarat pada mingggu lepas diberi tugasan baru menyediakan modul kawad, modul tersebut harus ditaip kembali kerana modul tersebut terlalu lama, kertasnya nya pun dah berwarna kuning. Aduh tebal tu, hampir 300 muka surat,nasib lah ada pegawai-pegawai PRE yang sama-sama membantu untuk menaip kembali. Terima kasih kepada adik –adik PRE yang sudi membantu menaip untuk menyiapkan modul kawad tersebut.

Justeru itu, dengan adanya pengalaman  menyediakan modul tersebut, menjadikan saya lebih bersedia  untuk bertugas sebagai pengajar dan pembimbing  kepada pelajar-pelajar IKBN nanti. Insya-Allah..

5 ulasan:

PPT berkata...

Baris..... Baris.... Sedia.
Kalau paham kasi turun kepala la...
Tahniah Kak Ija kerana TUHAN masih bagi kita ada pekerjaan untuk mencari rezeki menyara keluarga.
Good Luck....

NORLIZA ALI WEE berkata...

PPT,
Syukur Alhamdulillah segala nikmat yang diberi..Semoga rezeki kita dimurahkan lagi...amin.
Tapi dalam modul tu,takda baris ...paham turun kepala...
kena buat modul baru tu... he he

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

yo latu. siapkan modul kawad cepat sikit. lalalalalallala

NORLIZA ALI WEE berkata...

Encik Raja Azlan....

Ko jealous...kat aku..he hee
Ko cepat siapkan kajian IKBN tu..sebelum ko pergi bertugas di IKBN Kerteh ... ha ha