Khamis, 6 Mei 2010

Kursus 2 Bulan

Aduh sedihnya....ku akan menghadiri kursus selama 2 bulan. Selama 2 bulan itu juga saya akan dilatih dengan modul ketenteraan seperti berkawad dan menembak.  Bagi modul bina semangat dan keluarga angkat juga diselitkan dalam kursus yang akan dihadiri nanti.
Oh...tidak.. ku tak berminat dan fobia dengan kursus  menembak.....ye lah kalo dah berminat lama dah jadi askar. Kursus ini akan dijalankan di Pahang, Perak dan Johor.

Kesiannya, ku nak meninggalkan anak-anak  dan suami tercinta, tapi...demi tugas ku..terpaksa menghadiri kursus tersebut, kerana ini adalah salah satu syarat untuk ku sah jawatan. Kursus ini akan bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Julai. Semoga suami, anak-anak dan  kawan-kawan mendoakan ku dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Rabu, 27 Januari 2010

Keputusan Peperiksaan

Entalah minggu ini hati saya begitu runsing dan risau, ialah keputusan peperiksaan Perkhidmatan Awam iaitu bahagian A: Perintah Am, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan bahagian B Perlembagaan dan Undang-undang Am dimana keputusannya akan di keluarkan .

Kebiasannya selepas sentuh kad kehadiran saya akan ke kafetaria untuk membeli sarapan, tapi hari ini saya terus naik lif ke pejabat dan terus membuka komputer mencari laman web JPA untuk mengetahui keputusan peperiksaan saya, walaupun pagi ini internet begitu perlahan,dengan sabar saya menunggu sehingga keputusan keluar, yang paling best tu siap tutup mata dan berdebar hati ini.Tut....tut...tut..keluar dah.... Sebaik sahaja keputusan keluar, berdetik di hati perlu membuat sujud syukur kepada Allah dan Maha Suci Allah “Ahhh…seronok saya lulus kedua-dua bahagian, melalui pengalaman teman-teman ada yang tidak dapat menyambung perkhidmatan jika tidak lulus peperiksaan tersebut dan ada yang perlu menduduki peperiksaan tersebut berkali-kali sehingga tempoh 3 tahun.
Yang sedihnya kawan yang sama-sama mentelaah cuma lulus bahagian Undang-Undang, sebagai sahabat saya memberi kata-kata semangat kepadanya semoga peperiksaan kali ini beliau akan lulus. Amin ... Dan saya akan sama-sama mentelaah soalan-soalan lepas bersamanya lagi.Insya-Allah.

Terima kasih juga kepada suami tersayang yang selalu memberi kata-kata semangat dan anak-anak yang mendoakan mamanya lulus.

Selasa, 26 Januari 2010

Buku Pertama




Malam semalam, saya begitu letih. Kamilia mengambil tugasan saya mengajar Kamil membaca buku REAL Readers. Sejak Kamil belajar  di tadika baru ini,  banyak sungguh perubahan yang dibuat olehnya  iaitu bertambah rajin lagi hendak membaca buku.

Buku yang dibaca oleh Kamil adalah buku Bahasa Inggeris, kandungan buku tersebut adalah seperti berikut,

 “ This is my sister, Lela”

Kamil membaca pula begini,

This is my sister,namanya Lela”.

Kesimpulan yang dapat diberikan adalah kanak-kanak membaca buku melalui konsep pemahaman dan hafalan.

Aduh, dalam keletihan saya malam tadi,geli hati dibuatnya bila mendengar Kamil ini membaca.



Isnin, 25 Januari 2010

Dapur Ditutup Sementara

Telah 3 minggu suami dan anak-anak makan nasi bungkus. Bukannya dan pencen untuk memasak. Seperti yang di rancang oleh pihak kontraktor, rumah kami akan dijangka siap dalam tempoh  2 bulan.  Pengubahsuaiannya ialah meluaskan bilik di tingkat atas ( bahagian belakang ).

Nampak gayanya kami sekeluarga tinggal diruang tamu yang dipenuhi barang-barang dari ruang dapur.  Yang paling menyukarkan kami sekeluarga ialah menghadapi  habuk-habuk dari proses pengubahsuaian. Kami sekeluarga berdoa, semoga proses pengubahsuaian ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya . Amin

Rabu, 6 Januari 2010

Tadika Kamil

Seawal pagi, kami menghantar Kamil ke taska baru,(sebelum ini di Taska UiTM) untuk Kamil transit. Kamil menaiki van sekolah ( Kata Kamil,“GBS-Geng Bas Sekolah” ) yang disewa untuk mengambil dan menghantarnya ke tadika. Hari pertama ke tadika, kami menunggu dari taska tempat Kamil transit sehingga naik van sekolah ke tadika dan terus pulang semula ke taska. Kamil berasa risau dan rimas bila kami tidak balik lagi. Dia ke pintu kelas dan berkata, "Mama nie asyik datang je... bila nak balik". Syukur... Alhamdulillah rupanya Kamil nie suka berdikari. Lega rasanya tak payahlah nak ditunggu berhari-hari. Tak payah nak teman dia.




Pelbagai gelagat kanak-kanak yang mengelikan hati semasa di dalam kelas Kamil, ada yang menangis, meraung ketakutan, ada yang cuba lari dari kelas dan bermacam-macam karenah lagi. Tapi yang paling best adalah situasi di mana sepasang kembar yang comel tetapi terlampau aktif sangat. Oleh kerana si-kembar ini terlalu aktif, maka guru kelas terpaksa memegang tangan kembar tersebut,apabila tangan dipegang si kembar ini merasa rimas jadi yang seorang ini membuka stokin dan menyumbatkan ke muka guru kelas Terus genggaman tangan cikgu terlepas apalagi kembar seorang ni menyapu stokin tersebut ke muka kanak-kanak lain. Kanak-kanak tadika yang lain berasa heran dengan keadaan karenah si kembar tersebut. Itu baru hari pertama, tak tahu apa akan jadi hari seterusnya.