Khamis, 6 Mei 2010

Kursus 2 Bulan

Aduh sedihnya....ku akan menghadiri kursus selama 2 bulan. Selama 2 bulan itu juga saya akan dilatih dengan modul ketenteraan seperti berkawad dan menembak.  Bagi modul bina semangat dan keluarga angkat juga diselitkan dalam kursus yang akan dihadiri nanti.
Oh...tidak.. ku tak berminat dan fobia dengan kursus  menembak.....ye lah kalo dah berminat lama dah jadi askar. Kursus ini akan dijalankan di Pahang, Perak dan Johor.

Kesiannya, ku nak meninggalkan anak-anak  dan suami tercinta, tapi...demi tugas ku..terpaksa menghadiri kursus tersebut, kerana ini adalah salah satu syarat untuk ku sah jawatan. Kursus ini akan bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Julai. Semoga suami, anak-anak dan  kawan-kawan mendoakan ku dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Rabu, 27 Januari 2010

Keputusan Peperiksaan

Entalah minggu ini hati saya begitu runsing dan risau, ialah keputusan peperiksaan Perkhidmatan Awam iaitu bahagian A: Perintah Am, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan bahagian B Perlembagaan dan Undang-undang Am dimana keputusannya akan di keluarkan .

Kebiasannya selepas sentuh kad kehadiran saya akan ke kafetaria untuk membeli sarapan, tapi hari ini saya terus naik lif ke pejabat dan terus membuka komputer mencari laman web JPA untuk mengetahui keputusan peperiksaan saya, walaupun pagi ini internet begitu perlahan,dengan sabar saya menunggu sehingga keputusan keluar, yang paling best tu siap tutup mata dan berdebar hati ini.Tut....tut...tut..keluar dah.... Sebaik sahaja keputusan keluar, berdetik di hati perlu membuat sujud syukur kepada Allah dan Maha Suci Allah “Ahhh…seronok saya lulus kedua-dua bahagian, melalui pengalaman teman-teman ada yang tidak dapat menyambung perkhidmatan jika tidak lulus peperiksaan tersebut dan ada yang perlu menduduki peperiksaan tersebut berkali-kali sehingga tempoh 3 tahun.
Yang sedihnya kawan yang sama-sama mentelaah cuma lulus bahagian Undang-Undang, sebagai sahabat saya memberi kata-kata semangat kepadanya semoga peperiksaan kali ini beliau akan lulus. Amin ... Dan saya akan sama-sama mentelaah soalan-soalan lepas bersamanya lagi.Insya-Allah.

Terima kasih juga kepada suami tersayang yang selalu memberi kata-kata semangat dan anak-anak yang mendoakan mamanya lulus.

Selasa, 26 Januari 2010

Buku Pertama




Malam semalam, saya begitu letih. Kamilia mengambil tugasan saya mengajar Kamil membaca buku REAL Readers. Sejak Kamil belajar  di tadika baru ini,  banyak sungguh perubahan yang dibuat olehnya  iaitu bertambah rajin lagi hendak membaca buku.

Buku yang dibaca oleh Kamil adalah buku Bahasa Inggeris, kandungan buku tersebut adalah seperti berikut,

 “ This is my sister, Lela”

Kamil membaca pula begini,

This is my sister,namanya Lela”.

Kesimpulan yang dapat diberikan adalah kanak-kanak membaca buku melalui konsep pemahaman dan hafalan.

Aduh, dalam keletihan saya malam tadi,geli hati dibuatnya bila mendengar Kamil ini membaca.



Isnin, 25 Januari 2010

Dapur Ditutup Sementara

Telah 3 minggu suami dan anak-anak makan nasi bungkus. Bukannya dan pencen untuk memasak. Seperti yang di rancang oleh pihak kontraktor, rumah kami akan dijangka siap dalam tempoh  2 bulan.  Pengubahsuaiannya ialah meluaskan bilik di tingkat atas ( bahagian belakang ).

Nampak gayanya kami sekeluarga tinggal diruang tamu yang dipenuhi barang-barang dari ruang dapur.  Yang paling menyukarkan kami sekeluarga ialah menghadapi  habuk-habuk dari proses pengubahsuaian. Kami sekeluarga berdoa, semoga proses pengubahsuaian ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya . Amin

Rabu, 6 Januari 2010

Tadika Kamil

Seawal pagi, kami menghantar Kamil ke taska baru,(sebelum ini di Taska UiTM) untuk Kamil transit. Kamil menaiki van sekolah ( Kata Kamil,“GBS-Geng Bas Sekolah” ) yang disewa untuk mengambil dan menghantarnya ke tadika. Hari pertama ke tadika, kami menunggu dari taska tempat Kamil transit sehingga naik van sekolah ke tadika dan terus pulang semula ke taska. Kamil berasa risau dan rimas bila kami tidak balik lagi. Dia ke pintu kelas dan berkata, "Mama nie asyik datang je... bila nak balik". Syukur... Alhamdulillah rupanya Kamil nie suka berdikari. Lega rasanya tak payahlah nak ditunggu berhari-hari. Tak payah nak teman dia.




Pelbagai gelagat kanak-kanak yang mengelikan hati semasa di dalam kelas Kamil, ada yang menangis, meraung ketakutan, ada yang cuba lari dari kelas dan bermacam-macam karenah lagi. Tapi yang paling best adalah situasi di mana sepasang kembar yang comel tetapi terlampau aktif sangat. Oleh kerana si-kembar ini terlalu aktif, maka guru kelas terpaksa memegang tangan kembar tersebut,apabila tangan dipegang si kembar ini merasa rimas jadi yang seorang ini membuka stokin dan menyumbatkan ke muka guru kelas Terus genggaman tangan cikgu terlepas apalagi kembar seorang ni menyapu stokin tersebut ke muka kanak-kanak lain. Kanak-kanak tadika yang lain berasa heran dengan keadaan karenah si kembar tersebut. Itu baru hari pertama, tak tahu apa akan jadi hari seterusnya.

Selasa, 22 Disember 2009

WAYANG

Cerita  2012 ini  telah ditayangkan  pada  bulan November, baru kami  sekeluarga berkesempatan untuk menontonnya semalam .Cerita ini ada unsur-unsur kekeluargaan membuat kan air mata nie meleleh tanpa disedari. Kamil pula yang bising dalam wayang, mama nie nangislah ,sedih lah……..bisingnya si kamil nie tak boleh mama nya nak layan perasaan, lain kali tak yah ikut, mama dan papa hantar Kamil  ke taska macam Kaisara.

Filem bertemakan kemusnahan dunia secara total ini berdurasi selama 158 minit. John Cusack adalah pelakon utamanya. Dengan mengambil watak orang awam sebagai hero dan tunjang ceritanya, ia menyamai War of the Worlds lakonan Tom Cruise.

Permulaan cerita berlaku pada 2009, di India di mana seorang saintis India telah menemui kesan bahaya akibat dari pemanasan matahari.Dan kemusnahan besar-besaran dunia pasti berlaku pada 2012.

Tema filem ini bersandarkan pada ramalan kaum lama Mayan yang mengatakan dunia akan musnah pada 12.12.2012.

Banyak kesan visual efek yang begitu realistik dijanakan untuk memantapkan jalan cerita.Namun begitu jalan cerita yang baik masih dikekalkan dengan unsur kekeluargaan dan kemanusian.

Watak Jackson Curtis lakonan John Cusack adalah seorang bapa dengan 2 anak yang telah bercerai dengan isterinya.

Banyak adegan menarik sepanjang cerita antaranya apabila Jackson sedang meluru dengan limosinnya bersama keluarga menyelamatkan diri dari gempa bumi yang begitu dasyat.Runtuhan bangunan dan retakan pada jalanraya kelihatan nyata dan menakutkan.Gempa sebegitu kuat pastinya melebihi 9 skala richter.

Hampir semua negara dan benua dilanda gempa bumi yang besar, tsunami yang amat tinggi ombaknya sehinggakan menolak begitu mudah kapal perang mega USS Kennedy meranapkan kawasan Washington (White House).

Mereka yang terselamat adalah yang berjaya ke kapal khas dicipta oleh pelbagai negara dengan perbelanjaan berjuta-juta billion.Kebanyakkannya adalah pemimpin negara, bangsawan dan hartawan dengan syarat bayaran Euro 1 billion sebagai tiket.