Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Isnin, 7 Disember 2009

Jalan-Jalan Cari Makan..

Salam......

Semalam kamilia dan mula merengek minta dibawa bercuti, walaupun sekarang ini musim cuti sekolah tapi Kamilia masih ke sekolah, kerana sekolahnya ada mengadakan kelas tambahan. Papanya sekarang ini sibuk dengan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan ( PTK ) di Puncak Alam. Insya-Allah minggu depan papanya ada masa nak bawa pergi bercuti. Kamilia nak pergi bercuti , tapi syaratnya mesti ada kawasan kolam boleh mandi –manda. Kamil pula apabila ditanya, lebih gemar ke Zoo. Di mana ya .... ada tempat bercuti yang menarik dan kolam untuk mandi –manda.........ye lah sekarang ini musim hujan.