Selasa, 26 Januari 2010

Buku Pertama




Malam semalam, saya begitu letih. Kamilia mengambil tugasan saya mengajar Kamil membaca buku REAL Readers. Sejak Kamil belajar  di tadika baru ini,  banyak sungguh perubahan yang dibuat olehnya  iaitu bertambah rajin lagi hendak membaca buku.

Buku yang dibaca oleh Kamil adalah buku Bahasa Inggeris, kandungan buku tersebut adalah seperti berikut,

 “ This is my sister, Lela”

Kamil membaca pula begini,

This is my sister,namanya Lela”.

Kesimpulan yang dapat diberikan adalah kanak-kanak membaca buku melalui konsep pemahaman dan hafalan.

Aduh, dalam keletihan saya malam tadi,geli hati dibuatnya bila mendengar Kamil ini membaca.



2 ulasan:

Lennyek berkata...

pandai juga kamil..

tapi mmg sekarang belajar melalui hafalan..ank buah saya pun macam tu juga..bila di tebalikan ayat,dia terus tak faham..

NORLIZA ALI WEE berkata...

Lenny,

Terima kasih.Doakan Kamil, pandai dan rajin macam Lenny..he he..