Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mei 2010

Kursus 2 Bulan

Aduh sedihnya....ku akan menghadiri kursus selama 2 bulan. Selama 2 bulan itu juga saya akan dilatih dengan modul ketenteraan seperti berkawad dan menembak.  Bagi modul bina semangat dan keluarga angkat juga diselitkan dalam kursus yang akan dihadiri nanti.
Oh...tidak.. ku tak berminat dan fobia dengan kursus  menembak.....ye lah kalo dah berminat lama dah jadi askar. Kursus ini akan dijalankan di Pahang, Perak dan Johor.

Kesiannya, ku nak meninggalkan anak-anak  dan suami tercinta, tapi...demi tugas ku..terpaksa menghadiri kursus tersebut, kerana ini adalah salah satu syarat untuk ku sah jawatan. Kursus ini akan bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Julai. Semoga suami, anak-anak dan  kawan-kawan mendoakan ku dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Rabu, 27 Januari 2010

Keputusan Peperiksaan

Entalah minggu ini hati saya begitu runsing dan risau, ialah keputusan peperiksaan Perkhidmatan Awam iaitu bahagian A: Perintah Am, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan bahagian B Perlembagaan dan Undang-undang Am dimana keputusannya akan di keluarkan .

Kebiasannya selepas sentuh kad kehadiran saya akan ke kafetaria untuk membeli sarapan, tapi hari ini saya terus naik lif ke pejabat dan terus membuka komputer mencari laman web JPA untuk mengetahui keputusan peperiksaan saya, walaupun pagi ini internet begitu perlahan,dengan sabar saya menunggu sehingga keputusan keluar, yang paling best tu siap tutup mata dan berdebar hati ini.Tut....tut...tut..keluar dah.... Sebaik sahaja keputusan keluar, berdetik di hati perlu membuat sujud syukur kepada Allah dan Maha Suci Allah “Ahhh…seronok saya lulus kedua-dua bahagian, melalui pengalaman teman-teman ada yang tidak dapat menyambung perkhidmatan jika tidak lulus peperiksaan tersebut dan ada yang perlu menduduki peperiksaan tersebut berkali-kali sehingga tempoh 3 tahun.
Yang sedihnya kawan yang sama-sama mentelaah cuma lulus bahagian Undang-Undang, sebagai sahabat saya memberi kata-kata semangat kepadanya semoga peperiksaan kali ini beliau akan lulus. Amin ... Dan saya akan sama-sama mentelaah soalan-soalan lepas bersamanya lagi.Insya-Allah.

Terima kasih juga kepada suami tersayang yang selalu memberi kata-kata semangat dan anak-anak yang mendoakan mamanya lulus.

Selasa, 26 Januari 2010

Buku Pertama




Malam semalam, saya begitu letih. Kamilia mengambil tugasan saya mengajar Kamil membaca buku REAL Readers. Sejak Kamil belajar  di tadika baru ini,  banyak sungguh perubahan yang dibuat olehnya  iaitu bertambah rajin lagi hendak membaca buku.

Buku yang dibaca oleh Kamil adalah buku Bahasa Inggeris, kandungan buku tersebut adalah seperti berikut,

 “ This is my sister, Lela”

Kamil membaca pula begini,

This is my sister,namanya Lela”.

Kesimpulan yang dapat diberikan adalah kanak-kanak membaca buku melalui konsep pemahaman dan hafalan.

Aduh, dalam keletihan saya malam tadi,geli hati dibuatnya bila mendengar Kamil ini membaca.