Khamis, 6 Mei 2010

Kursus 2 Bulan

Aduh sedihnya....ku akan menghadiri kursus selama 2 bulan. Selama 2 bulan itu juga saya akan dilatih dengan modul ketenteraan seperti berkawad dan menembak.  Bagi modul bina semangat dan keluarga angkat juga diselitkan dalam kursus yang akan dihadiri nanti.
Oh...tidak.. ku tak berminat dan fobia dengan kursus  menembak.....ye lah kalo dah berminat lama dah jadi askar. Kursus ini akan dijalankan di Pahang, Perak dan Johor.

Kesiannya, ku nak meninggalkan anak-anak  dan suami tercinta, tapi...demi tugas ku..terpaksa menghadiri kursus tersebut, kerana ini adalah salah satu syarat untuk ku sah jawatan. Kursus ini akan bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Julai. Semoga suami, anak-anak dan  kawan-kawan mendoakan ku dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya.

5 ulasan:

hijau bumi Tuhan... berkata...

uih, lamanye kursus kak ija...smoga dpt mengikuti kursus dgn slmt dan jayanya, insyallah...

nota: kak ija, kem salam kt awek sebelah tu, hehe...

Lennyek berkata...

salam..
lame btul kursus kak ija?
mau ber'beg' pakaian kak ija bawak..hehehee..
kak ija..try la menembak..best..hehee..

NORLIZA ALI WEE berkata...

Lan:Tq. Tu lah...memang rasa tension juga kos lamanya.

nota: Ok...Insya-Allah

Lenny:Salam..memang betul banyak barang nak di bawa.Aduh...memang tak minat menembak,takpa nanti k.ija cuba ya.

ima_yo berkata...

perwira harapan bangsa oh perwira!!
tingat lagu 60-an plak..kak ija bulei punya..agak2 tension menembak t aim kat jurulatih tu jew pasti kursus tue akan lebih mengembirakan..huk3
memain je kak..
gudlak!

Tanpa Nama berkata...

Est-ce que Joomla comporter une composante qui contribuent à créer un forum comme Yahoo Answers?